Teori Konstruktivisme
- Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan
bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian
mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di
antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan
murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
- Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses
pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi
tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme,
ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam
bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut
pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu
sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh
murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran
murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina
sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep
atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia
ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang
terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat
bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di
mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi
jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori
konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang
disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan
berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan
cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur
dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan
kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan
daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu
konsep daripada kaca mata murid.
- Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma pendidikan masa kini
adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal
menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme
dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan
bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini,
fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif.
Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan
dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme
adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa
kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah
dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan
ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh
pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber
pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan
juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah.
Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme,
setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka
pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk
membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman
lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan
fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan
kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama
menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya.
Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang
saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma
konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin
akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan
lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu
guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta
berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan
pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme,
murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan
sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai
sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa
mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara
bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru
adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru
dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang
melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari
sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid
yang membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang
adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan,
murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh
penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan
penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,
soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid,
tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki
oleh penggubal soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme,
penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan
pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep,
rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme
terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli
konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh
menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi
individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap
individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi
perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri
tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka
akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme
berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid
tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu,
guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya
kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan
Konstruktivisme Dalam Pendidikan
|
|
Objektivisme
|
Konstruktivisme
|
|
Tanggapan Utama
|
Pengetahuan wujud bebas dari
persekitaran dalaman dan luaran pelajar
|
Pengetahuan bukan objektif, apa
yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan
oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak
|
|
Kesan
|
Guru menolong murid membina
pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi,
contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu
murid
|
Guru menolong murid membina
kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif
sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi,
contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk
soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih
tinggi
|
|
Respons Guru
|
"ada perkara yang anda hendak
tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan" |
"Ada perkara yang anda hendak
tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar
mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka" |






0 komentar:
Posting Komentar